RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Disember 2023

Pegawai Kanan Polis Ditahan Dalam Kes Langgar Pelajar Berhampiran Sekolah

Ipoh - Seorang Pegawai Kanan Polis telah ditahan hari ini bagi membantu siasatan berkenaan kes kemalangan maut yang membabitkan pelajar tingkatan lima berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berkenaan kemalangan jalan raya yang membabitkan kereta Produa Ativa dan Motosikal Yamaha pada tengah hari semalam.

Kredit foto: Saluran Telegram
Kredit foto: Saluran Telegram

Penunggang motosikal yang merupakan pelajar calon SPM meninggal dunia di tempat kejadian. Hasil siasatan mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian dada dan abdomen akibat pelanggaran tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."

PDRM tidak akan melindungi sesiapa termasuklah pegawainya sendiri apabila mempunyai bukti yang kukuh," katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan berhubung Pegawai Penyiasatan Kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-884 9163.

Kredit foto: Saluran Telegram
Kredit foto: Saluran Telegram

Semalam, tular di media sosial di mana mangsa yang dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal maut selepas dilanggar lari oleh sebuah kereta berhampiran SMK Jati, Meru.

Difahamkan, sebelum kejadian berlakunya insiden tidak berpuas hati yang membabitkan pemandu kereta tersebut dengan penunggang motosikal yang membuat bising. Pemandu kereta mengejar mangsa dan melanggarnya dari belakang. Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dan diseret sejauh lima meter.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan pihaknya menerima laopran kejadian dan sedang dalam proses memanggil saksi kemalangan untuk membantu siasatan. RR

Sumber berita: Harian Metro

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.