RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Disember 2023

Perkhidmatan mudah alih “AVETA CARE ON WHEELS” di seluruh negara.

Misi utama Aveta Malaysia adalah dengan memberikan pengalaman pemilikan motosikal yang terbaik buat para pelanggan. Ini nyata terbukti dengan pelancaran program Aveta Service Corner (ASC) baru-baru ini menerusi pengedar sah mereka iaitu Ann Chuan Motor.

Aveta Malaysia Sdn Bhd kini memperkuatkan lagi inisiatif perkhidmatan pelanggan dengan memperkenalkan program terbarunya yang dikenali sebagai 'Aveta Care on Wheels' (ACW) yang merupakan pasukan perkhidmatan mudah alih yang terdiri daripada satu trak pikap dan tiga buah motosikal.

ACW diwujudkan untuk memberikan perkhidmatan sokongan kepada semua pemilik motosikal Aveta di seluruh Semenanjung Malaysia jika berlakunya masalah teknikal. Pasukan ACW juga terdiri daripada kakitangan Aveta Malaysia yang berpengalaman dan terlatih.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan, Steven Lim, inisiatif baru ini adalah untuk membantu, menyokong dan menawarkan bantuan kepada pemilik motosikal Aveta serta menunjukkan komitmen pihak Aveta dalam menyampaikan perkhidmatan dan memenuhi keperluan para pelanggan.

“Di Aveta, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan kami. Aveta faham bahawa produk yang menarik sahaja tidak mencukupi. Sebuah jenama hanya akan berjaya apabila ia mempunyai program penjagaan pelanggan yang menyeluruh untuk memenangi hati dan keyakinan pelanggannya."

Inisiatif ACW meliputi seluruh Semenanjung Malaysia, dan rancangan untuk memenuhi kehendak pelanggan di Sabah dan Serawak sedang giat diuruskan. ACW kini beroperasi dari Isnin sehingga Sabtu, 10.00 pagi sehingga 5.30 petang. Temujanji boleh dibuat melalui talian Aveta Customer Careline di +60129565409. RR

Isu Pada

Februari 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.