RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 September 2023

Suzuki Malaysia & Kedai Motosikal Mok Raikan Para Peminat Suzuki

Untuk mempromosikan jentera Suzuki di pasaran negara, Suzuki Malaysia dengan kerjasama salah satu pengedar rasmi mereka iaitu Motosikal Mok Sdn Bhd yabg beroperasi di Jalan 4A/27A, Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur telah menganjurkan sesi bertemu Pelanggan & Test Ride pada akhir Julai yang lalu. Acara yang dianjurkan selama dua hari ini diadakan di hadapan kedai Motosikal Mok dengan jumlah penyertaan yang cukup ramai.

Pihak Suzuki Malaysia telah menyediakan hampir semua model-model yang kini berada di pasaran seperti Hayabusa, V-Strom 1050, V-Strom 800, V-Strom 650, Katana, GSX-S1000, GSX-S1000GT dan GSX-8S. Para pelanggan yang hadir turut disediakan makanan, minuman serta cenderahati berupa baju-T dan keychain.

Para pelanggan yang telah mendaftarkan diri berpeluang menunggang uji apa sahaja model yang disediakan tetapi harus mengikut panduan daripada ketua marshal di laluan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Penganjuran ini sememangnya satu inisiatif bijak daripada kedua-dua belah pihak (Suzuki Malaysia dan wakil pengedar) bagi memberi pendedahan dan peluang buat para penunggang motosikal untuk mengenali jentera Suzuki dengan lebih dekat. Jelas sekali, masih ada di kalangan pemilik motosikal yang kurang 'kenal' dengan sebaiknya prestasi sebenar Suzuki berbandingkan dengan jenama lain.

“Saya berkesempatan untuk menunggang uji hampir semua model yang disediakan dan paling saya suka ialah model Katana. Memang sedap kerana ia ringan dan cukup mudah untuk dikawal lebih-lebih lagi di dalam kawasan bandar. Memang sesuai untuk tunggangan harian,” kata Sdr Vikram Singh dari Ampang.

“Saya sendiri pemilik Suzuki. Model yang saya miliki sekarang ialah GSX650F yang dibeli ketika menetap di Birmingham pada tahun 2017 dulu. Saya ni 'bias' pada jentera 'Sport Touring' dan paling saya suka ialah GSX-S1000 GT dan Katana. Awalnya saya minat juga dengan model Hayabusa tetapi untuk model baru ini posisi menunggangnya agak berbeza, lebih sporty daripada sebelum ini,” kata Sdr Husni dari Shah Alam. RR

Isu Pada

September 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.