RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Januari 2024

Rempuh Tiga Motosikal, Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah

Pada bulan November lalu, tular satu video yang memaparkan sebuah kereta Produa yang dipandu seorang warga emas merempuh tiga buah motosikal di lampu isyarat Jalan Bukit Gambir, Georgetown, Pulau Pinang.

Susulan dengan kejadian itu, Tan Leuk Key, 76, seorang bekas kerani telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jenayah Semalam di atas tiga pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan bersama tiga buah motosikal lain.

Walaubagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Mengikut kes pertuduhan, dia didakwa telah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan terhadap lima orang termasuk penunggang dan pembonceng berusia 15 hingga 40 tahun.

Tertuduh didakwan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika disabit kesalahan penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu dalam tempoh dua tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan. Namun Dev Kumaraendran, wakil peguam tertuduh memohon pengurangan jaminan kerana anak guamnya kini mengalami Kolesteatoma (ketumbuhan dalam telinga) sejak 2002 sehingga hilang pendengaran pada telinga sebelah kanan.

Oleh itu, mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 untuk semua pertuduhan bersama seorang penjamin. Mahkamah turut menetapkan 8hb Mac sebagai tarikh sebutan semula kes. RR

Sumber berita: https://www.hmetro.com.my/
Sumber gambar: Facebook

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.