RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Januari 2024

Ducati Diavel V4 Menang Anugerah Reka Bentuk

Tiba giliran Ducati Diavel V4 memenangi anugerah-anugerah reka bentuk, mengikut jejak Ducati Diavel yang asal. Ducati Diavel merupakan sebuah motosikal dengan reka bentuk yang mengujakan peminat motosikal sejak ia dilancarkan. Walaupun ia berbentuk seperti cruiser, ia sebenarnya mempunyai watak pengendalian seperti motosikal sport naked. Selain daripada itu, reka bentuk Diavel telah mendapat sambutan hangat daripada peminat motosikal serta pakar reka bentuk.

Ducati pula memperkenalkan model Diavel V4 yang menggunakan enjin V4 yang dikongsi dengan Panigale V4, Multistrada V4, dan Streetfighter V4, prestasinya dinaiktaraf kepada tahap yang lebih tinggi lagi. Apapun, enjin V4 untuk Diavel lebih mirip kepada jenis yang digunakan oleh Multistrada V4 kerana ia tidak menggunakan ciri sistem injap Desmo, sebaliknya ia menggunakan sistem injap yang biasa. Namun enjin 1158cc ini tetap menghasilkan 168hp dan tork 126Nm.

Seperti yang kami cakapkan tadi, reka bentuknya turut mendapat pengiktirafan:

  1. "Good Design Award" daripada Chicago Athenaeum: Museum of Architecture and Design. Anugerah ini dimulakan pada 1950 dan merupakan yang tertua, justeru dianggap sebagai anugerah reka bentuk yang paling terhormat.
  2. "Excellent Product Design" di acara German Design Awards 2024. Anugerah ini diiktiraf oleh German Design Council (Majlis Reka Bentuk Jerman) dan diadakan setiap dua tahun.
  3. "Most Beautiful Motorcycle" di EICMA 2022. 
  4. "Cruiser of the Year 2023" daripada majalah MCN.
  5. "Best Cruiser" di anugerah Swiss Töff Awards.

Selain daripada itu, Ducati juga sering bekerjasama dengan pembuat kereta eksklusif. Dahulunya mereka bekerjasama dengan Lamborghini bagi menghasilkan Diavel Lamborghini, manakala Diavel V4 Bently dihasilkan daripada kerjasama dengan Bently.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.