RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Januari 2024

CFMOTO Bangunkan Suspensi Elektronik Berpandukan Kamera

Pembuat motosikal premium China, CFMOTO, sedang membangunkan sistem suspensi elektronik yang berpandukan kamera.

Suspensi elektronik bukanlah sebuah teknologi yang baharu lagi tetapi cara ianya berfungsi lebih cenderung kepada kaedah tindakbalas, bukan sebelum sesuatu berlaku. Maksudnya, suspensi akan hanya menukar ciri redamannya setelah ia melanggar bonggol jalan tetapi bukan sebelum. Oleh itu, redamannya bukanlah setepatnya.

CFMOTO hendak memperhalusi fungsi ini dengan menggunakan kamera di depan motosikal untuk meninjau permukaan jalan dan bertindak pada masa yang tepat. Teknologi ini sedang diuji pada sebuah model CFMOTO 1250 TR-G yang merupakan sebuah motosikal jenis jelajah. Ia menggunakan enjin V-Twin LC8 daripada KTM. (KTM merupakan rakan kerjasama CFMOTO).

Sistem ini tidaklah baharu sangat kerana Mercedes-Benz telah membangunkannya sejak 2010 lagi.

Perbezaan di antara kerta dan motosikal amat ketara kerana motosikal akan mereng apabila melalui selekoh, dan oleh itu merupakan sesuatu yang baharu di dalam dunia motosikal.

Pendapat penulis ialah mereka harus menguji sistem ini di jalan Malaysia!

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.