RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Januari 2024

Itali mengalami "Gelombang" Kamera Perangkap Halaju Dirosakkan

15 kamera perangkap halaju di Itali telah dirosakkan dalam beberapa bulan lepas.

Seorang suspek yang menggelar dirinya sebagai 'Fleximan' berkata dia yang bertanggungjawab atas kerosakkan itu. Kebanyakan kamera dirosakkan di daerah utara Italy. Kenyataan akhbar berkata Fleximan dianggap sebagai 'Robin Hood' zaman moden di laman sosial Itali. 

Rakyat Itali berasa marah terhadap pemasangan kamera perangkap halaju di negara itu. Itali sebenarnya merupakan negara Eropah dengan kamera perangkap halaju yang paling banyak, berjumlah 11,000 buah, berbanding dengan 7,700 di United Kingdom, dan 4,700 di Jerman. Selain daripda itu, bandar-bandar besar seperti Florence telah mengaut sekitar €23.2 juta (RM118,726,435.00) hasil saman halaju pada 2022. Bandar-bandar yang lain seperti Rome, Milan, Genoa juga mengaut pendapatan yang amat tinggi. Tambah lagi, kelajuan maksimum di beberapa bandar seperti Bologna terlalu rendah iaitu 30km/j untuk jalan-jalan di tengah bandar.

Apapun, Itali sering mempunyai rekod keselamatan jalan raya yang amat buruk di kalangan negara-negara Eropah, contohnya, 5.4 kematian di kalangan setiap 100,000 penduduk, berbanding dengan 2.6 dalam 100,000 di UK. Namun, negara Portugal merekodkan 6.2 dalam 100,000, manakala Greece merekodkan 6.1 dalam 100,000. Kadar kematian di Malaysia ialah 22.5 kematian akibat kemalangan jalan raya di kalangan setiap 100,000 penduduk.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.