RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Februari 2024

KTM Kemas Kini Rangkaian Supersport '24 Dengan Warna Baru

Untuk 2024, KTM akan mengemas kini warna dan rekacorak grafik baharu untuk rangkaian siri RC Supersportnya. Warna-warna ini mengambil inspirasi daripada jentera prototaip sebelum ini dan kombinasi warna perlumbaan, Factory Racing.

KTM RC 390.
KTM RC 390.

Rangkaian model-model RC merupakan teras utama dalam pemilihan jentera berprestasi dari KTM dan model baru ini sudah tentu memberikan gaya estetika, pengendalian lincah dan prestasi enjin yang mengagumkan untuk dinikmati pemiliknya ketika di jalanan dan litar. Untuk tahun 2024, KTM memperkenalkan warna premium baru, mengambil inspirasi daripada warna KTM RC 8C, KTM 1390 SUPER DUKE R dan pasukan perlumbaan Grand Prix.

KTM RC 200.
KTM RC 200.
KTM RC 125.
KTM RC 125.

Berada di barisan tertinggi ialah KTM RC 390 2024 yang menerima dua skema warna baru iaitu Jingga/Biru dan Jingga/Hitam. Kedua-duanya dilengkapkan dengan kerangka warna Jingga dan rim berwarna Jingga/Hitam. KTM RC 200 juga diserikan dengan dua warna baru bermotif Biru/Jingga yang digabungkan dengan warna Hitam/Putih mengingatkan kita dengan rekacorak KTM RC 8C.

Untuk model bersesaran rendah iaitu KTM RC 125, model 2024 juga menawarkan warna Hitam-Jingga dan Biru/Jingg serba baru. Kedua-dua pilihan warna dilengkapkan dengan rim dan kerangka berwarna hitam berkilat dan skrin berwarna gelap yang menyerlahkan lagi jentera ini.

KTM RC 200.
KTM RC 200.

Rangkaian KTM RC 2024 menawarkan satu aura dunia perlumbaan yang diterjemahkan menerusi rekacorak dan warna yang menarik. KTM kini lebih 'READY TO RACE'. RR

Isu Pada

Mac 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.