RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Februari 2024

9 Buah Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas

Padang Besar - Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) menyita sembilan buah motosikal berkuasa tinggi yang cuba dibawa masuk dari Thailand ke dalam negara selepas menahan seorang lelaki di Kompleks Imigresen, Kastam, Keselamatan dan Kuarantin (ICQs) Wang Kelian pada 16hb Februari yang lalu.

Melalui pemeriksaan, motosikal-motosikal tersebut tidak memilik sebarang dokumen pembayaran cukai atau permit import yang sah.

Menurut Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hisham, kejadian berlaku pada jam 5 petang apabila angota Kastam dari Cawangan Penguatkuasa Padang Besar membuat pemeriksaan terhadap sembilan buah motosikal berkuasa tinggi yang cuba dibawa masuk menggunakan lori kecil.

"Antara model motosikal yang disita ialah Honda CBR1000RR, BMW S 1000 RR, Yamaha R1, Aprilia RSV4 dan MV Agusta. Ianya cuba dibawa masuk oleh seorang dari wakil syarikat pengangkutan tempatan yang berusia 37 tahun tanpa dokumen pembayaran cukai atau permit import yang sah," katanya.

"Siasatan mendapati, kesemua motosikal tersebut dipercayai baru sahaja selesai menyertai perlumbaan di sirkit di Buriram, Thailand. Pemilik motosikal itu berasal dari beberapa buah negara seperti Eropah dan Hong Kong," tambahnya.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM416,500 manakala duit cukai sekitar RM715,130.

Sementara itu, pihak Kastam negeri Perlis juga turut menyita enam kenderaan yang bernombor pendaftaran Thailand kerana tidak mempunyai atau tamat Permit Pengedaran Antarabangsa (ICP) daripada Januari hingga 13hb Februari lalu.

Ismail berkata, kenderaan tersebut ditahan sekitar negeri Perlis dan Kedah. Antara model yang dirampas adalah Toyota Corolla Altis, Nissan Almera dan Isuzu D-Max.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM50,000 atau amaun mana yang lebih besar. RR

Sumber berita: http://hmetro.com.my/

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.