RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 November 2023

Program Konvoi Motosikal E.R.A.T

Program Konvoi Motosikal E.R.A.T (Encouraging Responsibility, Accountability, Trusworthiness) Ride EAIC, Penguat Kuasa & Masyarakat anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah diadakan pada akhirnya September yang lalu.

Program ini adalah untuk mendekati rakyat bagi membudayakan nilai-nilai integriti dan akauntabiliti penguat kuasa di samping mengeratkan jalinan kerjasama EAIC, agensi penguatkuasaan seliaan dan orang awam.

Acara pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Asnawi Abu Hanipah, Pengarah Operasi EAIC dengan melibatkan 92 peserta, bermula di Menara Usahawan, Putrajaya dan berakhir di Muzium Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada jam 11.00 pagi.

Konvoi tersebut melibatkan pegawai penguat kuasa di bawah agensi penguatkuasaan seliaan EAIC iaitu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ahli-ahli Kelab Motosikal MT15 (Lembah Klang), Triple S dan warga kerja Suruhanjaya itu.

Dalam ucapan perasmian di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tuan Mohd Asnawi memberikan peringatan dan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat agar menjauhi salah laku dan bersama-sama membendung ketirisan integriti perkhidmatan awam dengan melaporkan kepada EAIC.

“Selain itu program ini juga adalah selaras dengan matlamat EAIC untuk merakyatkan khidmat dan peranannya kepada pelbagai lapisan masyarakat serta mengukuhkan lagi sokongan terhadap usaha kerajaan memerangi salah laku penguat kuasa dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap akauntabiliti serta mutu integriti perkhidmatan awam”.

Beliau turut memaklumkan EAIC melalui sesi libat urus bersama agensi-agensi penguatkuasaan seliaan pada tahun ini telah memberikan fokus utama terhadap agensi yang menjalankan operasi di pintu masuk sempadan negara. Sesi libat urus yang melibatkan sempadan perairan dan darat antara Malaysia-Thailand, Malaysia-Indonesia dan Malaysia-Brunei termasuk lawatan ke semua pintu masuk sempadan di seluruh negara.

Laporan khas merangkumi semua perbincangan dan syor-syor penambahbaikan akan dipanjangkan kepada agensi penguatkuasaan yang terlibat untuk tindakan seterusnya.
Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohd Faizal Abdul Manap, Pegawai Daerah Kuala Pilah dan 250 orang penduduk tempatan termasuk ahli-ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, pegawai dan kakitangan agensi awam, badan bukan Kerajaan serta pelajar sekolah.

Program dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Pilah dan Jabatan Penerangan Malaysia itu turut mengadakan pameran interaktif oleh AADK, JPN, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Jualan Rahmah, Demonstrasi Masakan, Kesenian dan Kebudayaan Luak oleh Jabatan Muzium Malaysia dan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak. RR

Isu Pada

November 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700