RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Februari 2024

TEKHNE Tawar Produk Alat Ganti Untuk Jentera Dua & Empat Roda

Hong Leong Industries Berhad (HLI) dengan bangganya mengumumkan satu langkah ke dalam dunia industri alat ganti automotif melalui usaha terbaru bersama Tekhne Sdn Bhd (TÉKHNĒ). Ianya menekankan komitmen HLI terhadap inovasi, kualiti dan kepuasan pelanggang.

TÉKHNĒ memasuki pasaran dengan menawarkan produk-produk Pengilang Peralatan Asal (OEM) dan Pengilang Peralatan Ganti (REM) untuk jentera dua roda dan juga empat roda bagi memenuhi keperluan para pengguna. Dengan membawakan prinsip 'Moving The Future', TÉKHNĒ mencerminkan dedikasi syarikat untuk terus maju dalam industri automotif tempatan dan serantau.

"Langkah kami dalam industri alat ganti automotif bukan sahaja mencerminkan usaha kami ke atas inovasi dan perkembangan yang berterusan tetapi memberikan komitmen kepada para pelanggan menerusi standard kualiti dan kebolehpercayaan. Melalui TÉKHNĒ kita juga dapat mengorak langkah, mengendong matlamat untuk merintis kemajuan dalam arena teknologi & reka cipta, menjamin prestasi serta keselamatan kenderaan yang optimum demi kejayaan bersama," kata Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Profesor Dato' Dr. Jim Khor.

Pasaran untuk peralatan OEM dan REM bagi kegunaan jentera dua dan empat roda di Malaysia menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan dan mampu berkembang dengan lebih jauh menerusi faktor-faktor seperti peningkatan jualan kenderaan, permintaan ke atas servis pasaran sekunder (aftermarket) serta peningkatan bilangan perusahaan dalam parasan produk automotif.

Nilai tambah daalam pasaran produk automotif di Malaysia dijangka dapat memcecah AS$8.32 bilion pada tahun 2024. Dijangka kadar pertumbuhan tahunan berkompaun (CAGR) berjumlah 5.71 peratus bermula 2024 hingga 2028. Jualan kereta terpakai di Malaysia juga sedang meningkat dengan konsisten, ia menyumbang kepada pertumbuhan industri servis pasaran sekunder automotif yang menunjukkan permintaan kian meningkat ke atas alat-alat ganti.

"Di TÉKHNĒ, kami membekalkan produk-produk premium yang dirumus untuk memenuhi keperluan para pelanggan di Malaysia. Kami juga akan memastikan produk TÉKHNĒ  sentiasa memenuhi stardard kecemerlangan dan kepuasan pelanggan. Pada masa hadapan, kami bersedia untuk melebarkan lagi sayap ke rantau ASEAN dan seterusnya menembusi pasaran global," kata Pengurus Besar TEKHNE, En. Chong Chee Kong.

TÉKHNĒ turut merancang untuk menceburi perniagaan produk-produk berkaitan kenderaan elektrik, sejajar dengan peralihan industri ke arah mobiliti lestari. Untuk menerapkan inovasi, TÉKHNĒ juga akan membangunkan pusat Penyelidik dan Pembangunnan (R&D) miliknya sendiri. RR

Isu Pada

April 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.