RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Februari 2024

Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2024 Buka Tirai Mei Ini

Pada musim 2023, kita telah menyaksikan pelumba pasukan Yamaha Gen Blu Racing Team Asean, Kasma Daniel Kasmayudin bergelar juara keseluruhan Kejuaraan Superbike Malaysia kategori MSBK1000.

Oleh itu, Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2024 kembali lagi, akan memulakan tirainya bermula bulan Mei dengan 4 pusingang pada musim ini di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (PETRONAS SIC). Kerjasama diantara PETRONAS SIC dan Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR) akan meneruskan usaha mengubah standard kejohanan perlumbaan motosikal secara prograsif buat para pelumba dan peminat.

"Daripada tiga pusingan kepada empat pusingan bukanlah satu langkah yang besar, tetapi untuk menjadi pendorong dan rangsangan buat pasukan dan pelumba untuk mendapatkan pengalaman yang lebih komprehensif. Dengan penambahan satu pusingan, ia pasti memberikan metrik yang lebih baik dalam mengembangkan lagi prestasi penunggang. Kami percaya ini akan menjadi nilai tambah kepada semua pihak yang terlibat. Pada tahun lalu, kita telah menyaksikan peningkatan dalam bilangan peserta di dalam mahupun luar negara. Terutama dalam kategori terbaru, Piala Cabaran CBR250RR," kata Pengarah Promosi TWMR, En. Ron Hogg.

"Dalam dua tahun kebelakangan ini, ada peningkatan dalam kesedaran yang telah merangsang minat dan pertumbuhan dalam industri ini secara keseluruhannya. Ini cukup jelas sekali kerana mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada peserta di negara jiran. Kami bersama SIC akan meneroka jalan untuk kemajuan dengan minat terbaik bagi memenuhi permintaan industri dan komuniti sukan permotoran," tambahnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, En. Azhan Shafriman Hanif, beliau merakamkan ucapan terima kasih buat Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR) atas peranan penting dalam memertabatkan Kejuaraan Superbike Malaysia sejak 2019. Komitmen mereka untuk tiga tahun akan datang (2024-2026) menunjukkan perkongsian yang kukuh bagi meningkatkan pengalaman dalam saingan MSBK dikalangan pelumba dan peminat. Beliau menjangkakan akan peningkatan penyertaan dan lebih ramai orang dengan kalendar empat pusingan yang diperluaskan.

Saingan Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2024 pusingan satu akan berlangsung pada 10hb - 12hb Mei 2024. Diikuti pusingan dua pada 16hb - 18hb Ogos, pusingan ketiga pada 11hb - 13hb Oktober dan aksi penutup tirai pada 13hb - 15hb Disember 2024. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.