RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Mac 2024

Yamaha YZF-R25 Tampil Dengan Warna Serba Baru

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan warna dan corak serba baru untuk Yamaha YZF-R25 2024. Warna yang diperkenalkan itu adalah Glacier White yang tampil dengan wajah lebih menarik. Manakala warna sedia iaitu Racing Blue masih berada dipasaran.

Glacier White
Glacier White

Model ini dikuasakan dengan enjin dua silinder, 249cc, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 26.4kW pada 12,000rpm dan tork 22.6Nm pada 10,000rpm. Proses penukaran gear ternyata lebih lancar dengan adanya sistem klas jnis Assist & Slipper.

Ciri-ciri lain yang ada ada model ini adalah lampu-lampu LED, paparan meter LCD, brek-brek cakera, sistem ABS dua saluran, fork USD, penyerap hentak tunggal, berat 169kg, tangki bahan api 14.3 liter dan tinggi pelana 780mm.

Racing Blue
Racing Blue

Yamaha YZF-R25 2024 berada di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula 4hb Mac 2024 dengan harga bilik pameran yang disyorkan RM22,998 (tanpa pendaftaran dan insurans). Pembeli baru model ini juga akan menerima waranti kilang selama 2 tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) dan brek cakera Yamaha bernilai RM100. RR

Isu Pada

April 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.