RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 6 Mac 2024

Scooter Members 2024 Bakal Diadakan di Kemaman April Nanti!

Buat julung-julung kalinya, acara Scooter Members akan diadakan di Kemaman, Terengganu pada 26-28 April 2024 nanti. Malis perasmian acara Scooter Members 2024 itu telah disempurnakan oleh En. Mazlan Yusof, wakil MPK dan dimeriahkan dengan kehadiran para peminat motosikal dan skuter.

Scooter Members 2024 juga merupakan salah satu usaha terbaik untuk mempromosikan daerah Kemaman yang mempunyai pelbagai lokasi menarik dan belum begitu dikenali khususnya oleh para pengunjung dari luar negeri Terengganu. Penganjur acara, Hayr NS Enterprise dengan kerjasama MPK akan menjadikan acara ini sebgai hub berkumpul para peminat dan pemilik skuter dari seluruh negara.

En. Mazlah Yusoff.
En. Mazlah Yusoff.

Scooter Members 2024 mendapat kerjasama daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), KKM Kemaman, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan RELA. Acara ini dijangka akan menarik lebih 5,000 pengunjung.

Turut menanti para pengunjung ialah acara Cabutan Bertuah yang menawarkan dua buah skuter, minyak pelincir Totachi, barangan GIVI, topi keledar, barangan elektrik dan hamper-hamper menarik (mengikut syarat yang ditentukan pihak penganjur).

Info: Kemaman merupakan sebuah daerah di negeri Terengganu yang berkeluasan 2,535 kilometer persegi dan merupakan destinasi menarik buat para pengunjung yang ingin menikmati makanan-makanan yang cukup menyelerakan. Antara yang popular ialah keropok lekor, otak-otak, sata, ikan bakar, nasi dagang, nasi ikan tongkol, nasi ulam, ketupat sotong, pulut panggang dan banyak lagi. Kemaman juga memilki pantai-pantai yang cantik seperti Pantai Penunjuk Kijal, Pantai Chendor dan Pantai Rekreasi Kuala Kertih.  RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.