RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Mac 2024

Fabio Quartararo Jumpa CEO Aprilia?

Memandangkan kontrak bersama Yamaha akan tamat pada penghujung tahun ini, Fabio Quartararo  telah pun memulakan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia, Massimo Rivola. Adakah keputusan mengenai masa depan Quartararo dalam MotoGP akan kita ketahui tidak lama lagi?

Dalam perlumbaan pertama 2024 yang berlangsung di Qatar, Fabio Quartararo menduduki tempat ke-11 dalam perlumbaan akhir atau ketinggalan kira-kira 18 saat di belakang Francesco Bagnaia (Ducati) selaku juara. Dalam saingan Sprint pula, keputusan yang diperolehi lebih teruk iaitu di tempat ke-12 kira-kira 13 saat di belakang Jorge Martín yang ketika itu di depan sekali untuk menjadi juara.

Keputusan tersebut membuatkan pelumba dari Perancis itu agak kecewa kerana mengetahui tahap tertinggi yang mampu dicapai oleh jentera M1 miliknya itu.

Untuk berubah 'angin', dia perlu tahu bahawa senarai pelumba dalam pasukan Ducati sudah terlalu banyak. Kedudukan KTM pula semakin stabil ditambah pula dengan pasukan satelit yang juga  nampak cukup padu! Pasukan Honda menunjukkan peningkatan dan mereka juga sudah setakat ini memiliki para pelumba yang bersemangat.

Yamaha pula dikatakan tidak begitu konsisten dan tidak menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mengekalkan Fabio atau meningkatkan prestasi pasukan.

Kontrak di antara Aprilia dan Aleix Espargaro juga sudah tidak lama manakala Maverick Vinales perlu dapatkan keputusan yang lebih baik jika ingin terus kekal. Namun begitu, senarai untuk mengisi kekosongan kerusi RS-GP agak panjang dan Enea Bastianini juga antara calon yang popular buat masa ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.