RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Mac 2024

HLYM Panggil Semula Yamaha NVX & R15M Yang Terlibat - Untuk Tukar & Naik Taraf Unit CCU Assy

Baru-baru ini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengeluarkan satu notis melalui laman sosial Facebook dan Website rasmi mereka kepada pemilik motosikal Yamaha NVX dan R15M keluaran tahun 2021 hingga 2023.

Notis berkenaan dibuat untuk memanggil pemilik-pemilik model tahun tersebut bagi menggantikan dan menaik taraf peralatan Communication Control Unit (CCU) Assy buat kedua-dua model.

Fasa penukaran akan dilakukan secara berperingkat. Hong Leong Yamaha Motor turut menyenaraikan secara terperinci model-model yang terlibat.

Berikut merupakan senarai nombor chasis Yamaha NVX & R15M yang dipanggil untuk penukaran unit CCU Assy:

  •  Model Yamaha NVX yang terlibat adalah dengan nombor rangka/casis PMYSG7410L0000011 - P0039700 hingga PMYSG7420L0000011 - P0026367
  • Model Yamaha R15M yang terlibat adalah dengan nombor rangka/casis PMYRG7910N0000011 - N0002990 hingga PMYRG7910P0002991 - P0005190 dan PMYRG7910P0004991

Oleh itu, pihak HLYM tidak akan mengeluarkan sebarang surat rasmi kepada pemilik motosikal yang disenaraikan. Para pemilik boleh kunjungi pusat pengedar rasmi HLYM untuk mendaoatkan maklumat yang lebih lanjut.

Untuk temujanji bersama pengedar sah Yamaha atau Hoong Leong Yamaha Motor (HQ), Sungai Buloh, pemilik yang terlibat boleh membuat tempahan perkhidmatan dalam talian melalui laman web http://service.yamaha-motor.com.my/booking.

Sementara itu, HLYM turut mengingatkan pemilik untuk menyelenggara motosikal seperti biasa mengikut arahan yang dinyatakan dalam buku manual pemilikan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.