RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 Mac 2024

Ajal Pulang Bersahur, Pelajar Kolej Maut Dalam Kemalangan

Jasin: Seorang pelajar Kolej Komuniti Jasin meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di Jalan Kampung Sebatu, Sungai Rambai di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 4.50 pagi itu, pelajar semester 1 berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Merlimau, selepas bersahur di sebuah gerai bersama seorang rakan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa, Ibrahim Mohd Adham, 19, yang menunggang Yamaha Lagenda 115Z dari arah Sungai Rambai menghala ke Merlimau.

Kredit foto: hmetro.com
Kredit foto: hmetro.com

Beliau berkata, siasatan mendapati, rakan mangsa yang menunggang motosikal berasingan berada jauh di hadapan dan tidak perasan kemalangan itu.

"Semasa sampai di lokasi kemalangan, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan dia tercampak beberapa meter ke tepi jalan.

"Akibatnya, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan perubatan. Mayatnya dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Jamil, sewaktu kejadian, mangsa yang berasal dari Bangi, Selangor, menunggang motosikal dipinjam daripada rakan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.