RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Mac 2024

Acara 'We Ride As One' Kembali!

“We Ride As One”, acara global Ducati akan dianjurkan pada hari Sabtu 4 Mei nanti. Penganjuran acara yang cukup istimewa ini memberi peluang komuniti pemilik Ducati atau Ducatista di setiap bandar berpeluang bertemu, berkumpul dan meraikan mereka semangat untuk Ducati.

Tahun ini merupakan penganjuran buat kali ketiga, mendahului Minggu Ducati Dunia 2024 yang dijadualkan dari 26 hingga 28 Julai di Litar Dunia Misano 'Marco Simoncelli' (Itali). “We Ride As One” ialah peluang terbaik untuk memanaskan 'enjin' dan mengatur bersama komuniti Ducatisti untuk menyertai WDW nanti.

We Ride As One 2023 - Gunung Fuji.
We Ride As One 2023 - Gunung Fuji.
We Ride As One 2023 - London.
We Ride As One 2023 - London.

Pengedar Ducati dari seluruh dunia, dengan sokongan Kelab Rasmi Ducati (DOC) tempatan, sudah pun berusaha untuk menganjurkan program yang unik ini. Pada 2023, 15,000 peminat dari lebih 50 negara di seluruh dunia mewarnai jalan-jalan di bandar mereka menaiki jentera Ducati masing-masing.

Antara destinasi penganjuran 'We Ride As One' adalah Florence, Rom, London, Dublin, Madrid, Tokyo, Munich, Shanghai, Dubai, Rio de Janeiro, New Delhi, Bangkok, Amsterdam, Sydney dan banyak lagi. Malaysia juga tidak terkecuali, Ducati Malaysia telah meraikan acara ini tahun lalu di pusat pengedar mereka di Petaling Jaya, Sungai Buloh dan Pulau Pinang.

We Ride As One 2023 - Mugello.
We Ride As One 2023 - Mugello.

Tarikh untuk kita tandakan dalam kalendar ialah 4 Mei dan untuk mengetahui inisiatif pihak Ducati tempatan atau yang terdekat, semua peminat dijemput untuk menghubungi pengedar Ducati masing-masing.

We Ride As One 2023 - Malaysia.
We Ride As One 2023 - Malaysia.

Tiket untuk menyertai acara yang melambangkan keghairahan Ducati di dunia sudah pun tersedia di laman web http://Ducati.com. RR

Isu Pada

Mei 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.