RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Mac 2024

Kes Langgar Mati, Pemandu Bas Kilang Telah Ditahan

Seorang pemandu jengkaut (backhoe) maut selepas motosikal yang ditungganginya telah dilanggar sebuah bas kilang dalam kejadian di Kuala Ketil, Kedah.

Kejadian yang berlaku pada jam 8.10 malam itu mengakibatkan mangsa, Ooi Su Ching, 43, maut di lokasi akibat kecederaan parah yang dialaminya pada bahagian kepala.

kredit foto: malaysiagazette.com
kredit foto: malaysiagazette.com

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan  Shamsudin Mamat berkata, hasil siasatan mendapati bas kilang yang dipandu lelaki berusia 38 tahun itu dalam perjalanan dari Bayan Lepas, Pulau Pinang menghala ke pekan Kuala Ketil untuk menghantar penumpang.

Jelas beliau, seramai tujuh penumpang yang merupakan pekerja kilang berada dalam bas berkenaan ketika itu.

“Apabila tiba di tempat kejadian pemandu bas berkenaan yang ketika itu berada di lorong kiri telah memotong sebuah kereta di hadapannya sebelum melanggar bahagian belakang motosikal mangsa yang berada di lorong kanan untuk membelok ke simpang jalan.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa terpelanting sebelum jatuh di laluan bertentangan selain disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, pemandu serta kesemua penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambah Shamsudin, hasil siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kuala Bakong.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk proses bedah siasat manakala pemandu bas itu ditahan untuk tindakan lanjut.

“Kita akan melakukan ujian air kencing terhadap pemandu itu dan permohonan reman juga akan dibuat ke atasnya di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Jumaat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.