RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 April 2024

Qabil Irfan Raih Pengalaman Berharga

Pusingan pertama ESBK yang berlangsung di Jerez ternyata memberikan pengalaman cukup berharga buat pelumba muda negara, Qabil Irfan dan seluruh pasukan. Ini adalah saingan sulung pasukan negara dalam usaha untuk menyalurkan informasi, pengalaman, taktik, semangat, minda dan ketahanan diri untuk memberi cabaran di Eropah.

Dalam saingan pertama, Qabil cepat mencari keserasian untuk mengekori para pelumba di depan. Setiap lap menambahkan keyakinannya untuk meningkatkan kelajuan seterusnya bersaingan sengit untuk podium. Qabil menamatkan saingan Perlumbaan 1 di tempat ke-6.

Perlumbaan 2 tidak seperti yang dirancang. Qabil kurang berkeyakinan dengan jentera dan litar yang dirasakan lebih licin kerana cuaca yang cukup sejuk. Walaupun cuba untuk mengekalkan momentum seperti Perlumbaan 1, Qabil akhirnya terpaksa akur untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat ke-12.

“Alhamdulillah sudah selesai Perlumbaan 2. Saya tak berapa gembira dengan keputusan hari ini, kerana saya rasa tidak bagus dengan motosikal. Litar licin, sejuk, dan tayar juga slide. Saya perlu improve corak tunggangan untuk perlumbaan cuaca sejuk. Saya nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang menyokong sya dan mendoakan saya,” Qabil Irfan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.