RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 April 2024

Suzuki Eropah Perkenalkan Warna Baru untuk GSX-S950

Suzuki Eropah telah menampilkan warna baru untuk model GSX-S950 2024. Model GSX-S yang memiliki hantaran kuasa setinggi 95PS ini didatangkan dalam warna Perak/Merah Tua yang akan dilengkapkan dengan warna sedia ada iaitu Biru Triton Metalik serta Hitam Stealth yang dikemas kini.

Perak/Merah Tua..
Perak/Merah Tua..

GSX-S950 merupakan sebuah jentera yang dicipta berdasarkan model GSX-S1000, dapat dilihat dengan jelas menerusi perkongsikan kerangka yang sama dan lengan ayun GSX-R. Ia juga disempurnakan dengan enjin 999cc yang sama, tetapi dari segi kuasa hantaranya telah dikurangkan kepada 95PS daripada 152PS tetapi masih kekal dengan kuasa tork setinggi 92Nm.

Rekabentuk model ini yang tajam dan aerodinamik menawarkan prestasi tunggangan yang mantap dan bergaya. Sistem pencahayaan jenis LED bukan sahaja cantik tetapi juga cukup terang dan untuk disesuaikan dengan karaktor GSX-S950 ini, Suzuki telah melengkapkannya dengan panel meter TFT, sistem Traction Control, sistem Ride-by-Wire, Suzuki Easy Start dan Low RPM Assist.

Tayar hadapan bersaiz 120/70ZR17 M/C (58W) dan belakang 190/50ZR127 M/C (73W) dipadankan dengan sistem brek jenis cakera yang cukup berkualiti. Suzuki GSX-S950 didatangkan pelana setinggi 810mm (sesuai untuk semua jenis penunggang) manakala tangki yang bersaiz 19 liter memastikan penunggangnya mendapat lebih jarak perjalanan dengan satu setiap isian bahan api. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.