RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 April 2024

MBP Moto Ambil Alih Jenama Motosikal Lagenda, Morbidelli

MBP Moto telah mengumumkan pengambilalihan jenama motosikal lagenda dari Pasero, Itali iaitu Morbidelli. Perkembangan ini sebagai tanda aras yang baru dalam sejarah MBP Moto untuk membangunkan teknologi terkini dan inovasi buat jenama Morbidelli. Gabungan kedua-dua jenama ini akan mengiktiraf semula kecemerlangan motosikal dan menarik perhatian para pengguna motosikal di seluruh dunia.

"Pengambilalihan ini merupakan satu bukti aspirasi MBP Moto untuk kecermelangan dalam industri dua roda. Kami sangat teruja dan mengalu-alukan kedatangan jenama Morbidelli dalam keluarga kami. Semangat inovasi dan warisan Morbidelli akan mencipta motosikal dengan mengabungkan prestasi, rekabentuk dan sejarah yang tiada halangan," kata Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Keeway Group, En. Dante Bustos.

Sumber gambar: wikipedia
Sumber gambar: wikipedia

Untuk tahun ini, MBP Moto dan Morbidelli akan turut serta di pameran automotif terbesar di Malaysia iaitu Malaysia Autoshow pada 22hb Mei - 26hb Mei 2024 di MAEPS, Serdang. Pihak MBP juga akan menampilkan beberapa model yang bakal masuki pasaran negara seperti T1002V, SC150 dam N252V serta terdapat pelancaran model baru.

Slogan Morbidelli MBP "Beyond the Ride" merupakan falsafah jenama tersebut untuk memberikan pengalaman menunggang yang indah. Jalan raya dan motosikal juga adalam jambatan yang menyatukan manusia dan ufuk atas semangat pengembaraan dan kebebasan.

Sumber gambar: wikipedia
Sumber gambar: wikipedia

Rangkaian Morbidelli terdiri daripada jentera bersegmen jalanan dan crossover yang berkapasiti 125cc hingga 1000cc manakala untuk segmen skuter pula dari 125cc hingga 500cc. Pelancaran pertama akan melibatkan negara Eropah, Amerika Syarikat dan China serta diteruskan ke negara-negara lain yang terdapat pengedar Keeway Group.

Pihak MBP Moto juga memaklumkan bahawa "Morbidelli Style Centre" dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan baru akan dibina di Bolognia, Itali. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.