RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 April 2024

Ducati Riding Experience (DRE) Road Academy: Tingkatkan Kemahiran Penunggang

Ducati Riding Experience (DRE) kembali untuk tahun ini menerusi sesi Road Academy yang diadakan di Gemuda Gardens, Rawang. Penganjuran ini ditawarkan oleh Ducati Malaysia untuk semua penunggang dan peminat dua roda tanpa mengira jenis motosikal. Namun begitu, jentera yang digunakan dalam sesi latihan sudah semestinya Ducati yang terdiri daripada pelbagai model.

DRE Road Academy diadakan dalam beberapa sesi berbeza dan telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, hampir 'sold out!'. Sesi paling awal telah diadakan pada 25hb April lalu yang dikhususkan untuk para media permotoran dan vlogger/youtuber. Turut hadir memeriahkan acara tersebut ialah En. Dennis Michael, Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia. Terima kasih buat Ducati Malaysia dari kami di RodaRoda atas jemputan ini!

Kursus amali dan praktikal telah disampaikan oleh tiga orang coach cukup mantap iaitu En. Haizal Omar, En. Kevin Lee (Kev) dan Sdr. Ahmad Nadzrey. Kursus dimulakan dengan sesi teori, disampaikan oleh Coach Haizal yang memberi tumpuan kepada teknik tunggangan, posisi menunggang, cara pemandangan yang betul serti posisi badan.

Para peserta kemudiannya diwajibkan untuk mempraktikkan apa yang dipelajari menerusi sesi latihan praktikal. Pihak Ducati Malaysia telah menyediakan laluan teknikal beserta halangan untuk menguji sejauh mana tahap tunggangan seseorang itu. Ya...ternyata ia tidak semudah yang disangka. Bak kata Coach Haizal, "Ramai orang boleh menunggang laju tetapi tak ramai yang dapat memperlahankan kelajuan dengan betul dan selamat.

Setiap para peserta wajib melakukan latihan/ujian tunggangan di laluan slalom, bulatan, elak halangan dan brek kecemasan untuk merasai kepentingan sistem ABS. Latihan yang diadakan itu 'membuka mata' ramai peserta untuk memperbaiki tahap dan cara tunggangan masing-masing. Terima kasih coach!

Pengalaman dan segala ilmu yang dikongsikan oleh ketiga-tiga coach sangat berguna untuk seseorang penunggang motosikal itu sentiasa menunggang dengan selamat. Walaupun sudah menunggang puluhan tahun atau telah mengambara puluhan ribu kilometer di seluruh dunia, sedarilah....masih banyak yang perlu dipelajari agar dapat menunggang dengan selesa, selamat dan menyeronokkan. RR

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.