RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Mei 2024

Kemalangan Ngeri Tiga Kereta & Sebuah Motosikal, Tiga Cedera Parah...

Georgetown: Lima individu cedera termasuk tiga cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fairol Mahazi Malek berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.35 malam sebelum 10 anggota bersama 1 unit jentera FRT dan 1 unit kenderaan EMRS telah dihantar ke lokasi.

Menurut laporan Komander Operasi, kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan dan sebuah motosikal. Kenderaan yang terlibat ialah sebuah Perodua Bezza, sebuah kereta jenis BMW, sebuah kereta jenis Toyota Estima dan motosikal jenis Modenas.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

"Tiga mangsa didapati cedera parah dan dua lagi cedera di badan," katanya ketika dihubungi.

Fairol Mahazi berkata, pasukan penyelamat mengeluarkan pemandu wanita yang tersepit menggunakan peralatan khas.

Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Kejadian terbabit turut tular di media sosial menerusi video kamera papan pemuka memaparkan sebuah kereta dari arah Georgetown terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan kenderaan lain. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.