RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Mei 2024

Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

Bersempena dengan Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) di MAEPS, Serdang, Boon Siew Honda (BSH) bakal memperkenalkan empat model terbaru yang akan berada di pasaran tempatan iaitu Honda ADV350, CB750, XL750 Transalp dan NX500.

Keempat-empat model ini akan dipamerkan kepada orang ramai bermula 22hb Mei hingga 26hb Mei 2024.

ADV350
ADV350

Selain itu, ruang pameran Honda turut mendapat sentuhan yang berlainan pada tahun ini di mana terdapat sudut Teknologi Honda yang memaparkan pelbagai teknologi Honda dari segi keselamatan dan meningkatkan pengalaman menunggang.

BSH akan berkongsikan penerangan tentang sistem ABS, Honda Selectable Torque Control (HSTC), Dual Clutch Transmission (DTC), Honda Road Sync, enhanced Smart Power Plus (eSP+) beserta teknologi terbaru iaitu Honda E-Clutch secara virtual reality (VR) dan bentuk digital.

CB750 Hornet
CB750 Hornet

Secara ringkasnya, teknologi E-Clutch merupakan sistem kawalan klac automatik yang direka bagi menggerakan, penukaran gear dan berhenti tanpa menggunakan tuas klac. Teknologi ini akan dipaparkan pada model CB650R dan CBR650R, seterusnya akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Bahagian sudut Pro Honda bakal memperkenalkan jenama minyak global baharu untuk motosikal dan produk kuasa yang ditubuhkan oleh Honda Motor.  Pro Honda Scooter mineral dan CUB mineral untuk motosikal besar di reka bagi memaksimumkan prestasi enjin dengan memfokuskan tiga aspek iaitu kecekapan bahan api, ketahanan dan keberkesanan kos.

NX500
NX500

Turut diadakan majlis kecil pada 22hb Mei 2024 bagi meraikan pengiktirafan jentera-jentera Honda oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melalui Program Penilaian Motosikal (MyMAP). Antara model yang menerima anugerah tiga bintang adalah BeAT dan Vario 125 menerusi teknologi Combi Brake System (CBS) manakala Vario 160, ADV160, CBR150R dan RS-X yang dilengkapi sistem ABS mendapat anugerah lima bintang.

Selain mempamerkan model-model terbaru dan teknologi menarik, BSH turut menampilkan Riding Trainer (RT) buat para pengunjung bagi merasai pengalaman menaiki simulator.

XL750 Transalp
XL750 Transalp

Para pengunjung yang hadir ke MAS 2024 boleh kunjungi ruang pameran BSH bernombor D20 di dewan D untuk melihat lebih dekat jentera perlumbaan ARRC iaitu CBR1000RR-R dan CBR600RR, Africa Twin Adventure Sports, Gold Wing Tour, REBEL serta warna baharu X-ADV. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.