RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Mei 2024

Ducati Diavel V4 Terima Anugerah "Best of the Best" di Anugerah Red Dot 2024.

Ducati Diavel V4 telah meraih anugerah istimewa "Best of the Best" dalam kategori 'Product Design' di Anugerah Red Dot tahun ini. Anugerah Red Dot merupakan antara acara dunia rekabentuk yang paling terkenal di peringkat antarabangsa.

Ditubuhkan pada tahun 1955, Anugerah Red Dot meraikan hasil ciptaan yang paling asli dari sedi penggayaan dan inovasi. Anugerah tersebut disahkan oleh juri-juri yang sememangnya pakar dalam rekabentuk produk, rekabentuk komunikasi dan konsep reka bentuk.

Tahun ini, pengiktirafan telah diberikan kepada Diavel V4 gelaran penting iaitu Anugerah Red Dot 2024 - "Best of the Best". Ia adalah pengiktirafan tertinggi dalam pertandingan, dikhaskan eksklusif untuk ciptaan yang mampu menetapkan piawaian baharu dalam sesebuah sektor. Buat Ducati, anugerah ini merupakan pengesahan terhadap jentera yang direka dan dicipta di Borgo Panigale mempunyai nilai estetik dan keunikan bertaraf dunia.

Anugerah yang sama telah diperoleh menerusi model Panigale 1199 pada 2013, diikuti model XDiavel pada 2016 dan Diavel 1260 pada 2019. Ternyata, ia menunjukkan bagaimana jentera Ducati memiliki Gaya, Kecanggihan dan Prestasi yang muktamad.

Segala perincian yang halus dan teliti pada model Diavel V4 menonjolkannya sebagai ikon gaya asli dalam motosikal. Enjin V4 Granturismo adalah elemen tersendiri untuk prestasi motosikal ini. Dari segi paparan estetikanya, kita dapat melihat kepelbagaian elemen yang sangat cantik, seperti lampu LED yang menakjubkan, tayar belakang besar - 240 inci yang dipadankan pula dengan rim belakang aloi lima jejari dan kemudiannya dikemaskan dengan sistem ekzos penyenyap empat hala yang menarik.

Diavel V4 hadir dengan enjin 1.158cc yang berkuasa 168hp pada 10.750rpm dan tork 126Nm pada 7,500rpm. Model ini juga dipadankan dengan sistem transmisi 6 kelajuan beserta Ducati Quick Shifter (up/down).

Model ini juga direka untuk memudahkan pengendalian - dapat dilihat dengan jelas menerusi rekaan bar hendal 20mm lebih dekat, pelana rendah 790mm, 13kg lebih ringan berbanding model Diavel 1260S dan casis serba baru yang memberi penekanan untuk selesa dalam jarak jauh & dekat. RR

Ciri-ciri menarik Ducati Diavel V4:

  • Mod Tunggangan
  • Panel meter TFT 5"
  • ABS Cornering EVO
  • Traction Control EVO2
  • Wheelie Control EVO


 

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.