RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Mei 2024

Yamaha Ego Avantiz 2024 Tampil Dengan Warna Yang Baru

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan tiga warna baru bagi model skuter Ego Avantiz 2024. Warna-warna tersebut ialah Sky Blue, Dark Blue dan Purple.

Yamaha Ego Avantiz didatangkan dengan enjin 124cc, satu silinder, sistem penyejuk udara dengan teknologi Yamaha Blue Core yang menghasilkan kuasa maksimum 7.0kW pada 8,000rpm dan tork 9.6Nm pada 5,500rpm.

Paparan meternya jenis analog memaparkan info-info penting seperti tahap kelajuan, bahan api dan odometer. Terdapat juga penunjuk eco di mana lampu tersebut akan menyala apabila keseimbangan kuasa dan kecekapan bahan api dapat dicapai.

Antara ciri-ciri lain yang dipadankan pada skuter ini adalah kerangkan underbone, brek cakera di hadapan, fork teleskopik, lampu hadapan jenis LED dan tinggi pelana 773mm.

Yamaha Ego Avantiz ditawarkan pada harga asas yang disyorkan RM5,998 (tanpa pendaftaran dan insuran). Model ini boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula 28hb Mei 2024. RR

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.