RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Jun 2024

Honda Dash 125 Tampil Dengan Warna Serba Baru

Boon Siew Honda (BSH )menampilkan jentera moped popular, Dash 125 dengan warna serba baru. Sudah pasti ketibaan model ini akan merancakkan lagi nilai pasaran motosikal di negara ini. Honda Dash 125 berwajah baru ini hadir dengan tiga warna pilihan iaitu Biru, Perak dan Merah.

Honda Dash - SIlver.
Honda Dash - SIlver.
Honda Dash 125: Merah & Biru.
Honda Dash 125: Merah & Biru.

Honda Dash 125 ini sememangnya antara model moped yang cukup versatil. Model ini disempurnakan dengan enjin 125cc, Euro4 dengan kuasa maksimun setinggi 73.5kW dan tork 9.54Nm. Rekabentuk luarannya cukup mantap dan pastinya warna-warna baru beserta corak serba moden akan memberikan impak yang lebih padu.

Honda Dash 125: Merah.
Honda Dash 125: Merah.

Dari segi penggayaan, Dash 125 bernafas baru ini dilengkapkan dengan lampu-lampu LED, brek cakera di depan/belakang, lampu utama jenis LED dan  panel meter digital yang memaparkan segala informasi dengan baik dan jelas.

BSH hadirkan model ini ke pasaran pada harga asas RM6,599 (tidak termasuk cukasi jalan, insurans & pendaftaran). Dash 125 warna baru sudah mula dipamerkan di pusat-pusat pengedar Honda & Impian X di seluruh negara. RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.