RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Jun 2024

Triumph Bonneville T120 Edisi Terhad Elvis Presley

Untuk meraikan kisah lagenda Elvis Presley dan 'Memphis Mafia' Bonneville, Triumph Motorcycle telah mengeluarkan model edisi terhad iaitu T120 Elvis Presley Limited Edition.

Model Edisi Terhad ini menggabungkan gaya dan prestasi tulen sesebuah ciptaan yang dipadankan pula dengan kemasan terperinci T120 yang mengembalikan memori persembahan Raja Elvis dalam 'Comeback Special 1968'.

Model ini dihiaskan dengan tulisan ELVIS berwarna emas yang mewakili lampu set pentas, lengkap dengan tandatangan Elvis Presley yang sengaja direka dengan menonjol pada tangki dan panel sisi. Terdapat juga lambang ‘Taking Care of Business in a Flash’ pada jentera ini - pasti menambah keterujaan buat para peminat tegar 'The King'.

‘Taking Care of Business in a Flash’ bagaikan mantera peribadi Elvis untuk menyempurnakan kerjanya dan ia dipaparkan pada rantai leher yang akan dipakai di setiap persembahannya. Skema warna Carnival Red diilhamkan dari model Bonneville Custom milik J Daar yang dicipta untuk mengumpul dana Yayasan Amal Elvis Presley pada tahun 2023.

Terdapat jalur 'Aluminium Silver' pada bahagian tangki manakala di beberapa komponen lain telah dikemaskan dengan warna-warna krom yang berkilat dan eksklusif. Pada bahagian bar hendal, para pemilik jentera isitmewa ini pastinya akan berpuas hati apabila melihat nombor khas berserta tandatangan 'Elvis Presley'.

Hanya 925 unit sahaja dikeluarkan di seluruh dunia. Setiap pembelian akan disertakan sekali dengan cakera emas eksklusif Elvis Presley & Triumph Motorcycle, sijik ketulenan yang ditanda tangani oleh CEO Triumph Nick Bloor dan Pengasas, Pengerusi dan CEO of ABG, Elvis Presley Enterprises. RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.