RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Julai 2024

Warta Dunia: Cyclone RE560 - Mantap 'Jugak' Model Ni!

Selepas 'mendonia' di pameran Malaysia Autoshow dua bulan lalu, makin ramai yang bertanyakan tentang model-model atau jenama baru yang telah diperkenalkan oleh Mforce Bike Holdings. Antaranya brand yang tampil dengan jentera menarik ialah Cyclone. Hari ini RR nak kongsikan model 'rugged' iaitu Cyclone RE560.

RE560 ini cukup garang - dapat dilihat dengan jelas menerusi rekaan tangkin besarnya bersaiz 20 liter. Lampu hadapan LED bentuk bulat, lengkap dengan visor kecil untuk laluan angin yang lebih baik sewaktu memecut laju. Bahagian depan tampak mantap dengan pemilihan fork USD 48mm dengan pra-beban boleh laras yang dipadankan dengan penyerap hentak belakang jenis 'multi-link mid-mounted' jenis boleh laras.

Cyclone telah menyempurnakan model ini dengan enjin 550cc, silinder sebaris, 4 lejang, suntikan bahan api elektronik, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 43.5kW pada 8,500rpm dan tork 55Nm pada 6,500rpm.

RE560 dilengkapkan dengan tayar hadapan bersaiz 120/70-R17 & 160/60-R17 (belakang) yang dipadankan dengan sistem brek jenis cakera  beserta ABS. TInggi pelananya hanya 800mm, mudah ditunggang & dikendalikan oleh sesiapa sahaja, tidak kira lelaku mahu pun wanita!

Spesifikasi Ringkas:

  • Nama enjin: ZS272MS-2
  • Enjin: 550cc, silinder sebaris, 4 lejang
  • Kuasa maksimum: 43.5kW @ 8,500rpm
  • Tork maksimum: 55Nm @ 6,500rpm
  • Transmisi: 6 kelajuan
  • Sistem bahan api: suntikan bahan api elektronik
  • Brek hadapan: 2 x cakera 320mm
  • Brek belakang: cakera tunggal 260mm
  • Tapak roda: 1,460mm
  • Kelegaan tanah: 155mm
  • Berat: 204kg
  • Klac: basah, plat berganda
  • Isi tangki: 20 liter
     

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.