RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 11 Julai 2024

Pintu Pagar Balai Polis Tutup Pukul 10 Malam

Berikutan insiden serangan berdarah yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Mei lalu, pintu pagar Balai Polis di seluruh negara akan ditutup selepas pukul 10 malam sebagai langkah memperketatkan keselamatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu diambil dengan mengimbangi keperluan untuk masyarakat, namun pada masa sama menjaga keselamatan anggota polis.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan prosedur operasi standard bagi semua kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai dan premis utama polis di bawah arahan pentadbiran supaya perbaiki beberapa arahan.

“Arahan pentadbiran perintah tetap Ketua Polis Negara turut memasukkan balai polis ditutup selepas pukul 10 malam. Ia kerana kita kena imbangi balai polis sebagai tempat aduan dan dalam masa sama balai polis juga turut jadi sasaran,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan keselamatan sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dan mengambil langkah-langkah untuk menghadapi ancaman pengganas.

Menurut beliau, pihak polis akan sentiasa mengambil langkah dan tindakan sewajarnya bagi memastikan ancaman atau fahaman berbaur pengganas tidak terus tersebar.

“Tutup pagar bukan tutup balai polis. Kalau orang awam hendak buat aduan (di balai polis), tentulah anggota (polis) bertugas akan buka pintu pagar.

“Ia untuk kawalan keselamatan, tiada kompromi tugas hakiki balai polis untuk menerima aduan dan sebagainya,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri program Ramah Mesra Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Terengganu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sewaktu menjawab soalan Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot di Dewan Rakyat kelmarin, beliau memberitahu pintu pagar balai polis di seluruh negara akan ditutup selepas pukul 10 malam.

Beliau berkata, langkah itu diambil dengan mengimbangi keperluan masyarakat dan keselamatan anggota polis selepas dua anggota polis terkorban akibat serangan di Balai Polis Tiram.

Saifuddin Nasution berkata, penutupan pintu pagar selepas pukul 10 malam tersebut melibatkan 810 balai polis di seluruh negara. RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.