RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Ogos 2024

WMOTO RT1 Tampil Dengan Tiga Warna Baru

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah memperkenalkan edisi terbaru bagi WMOTO RT1 yang mengalami perubahan warna bagi memenuhi citarasa peminat-peminat skuter di Malaysia agar tampal lebih bergaya di jalan raya.

Antara warna-warna baru yang diperkenalkan itu adalah White, Sky Blue dan Matte Red. Selain itu terdapat juga ciri yang dinaiktaraf antaranya soket pengecas USB yang terdapat pada ruang simpanan hadapan bagi memudahkan penunggang mengecas telefon bimbit semasa menunggang.

Model ini didatangkan dengan enjin 149.3cc, silinder tunggal, 4-lejang yang memiliki kuasa maksimum 11.5kW pada 8,000rpm dan tork 14.5Nm pada 6,750rpm. Terdapat juga sistem Traction Control (TCS) bagi mengawal pergerakan roda belakang daripada tergelincir terutama menunggang di jalan raya yang licin.

RT1 memiliki kamera papan pemuka yang berkualiti 1080p di mana para penunggang boleh merekod perjalanan. Bagi meningkatkan tahap keselamatan, sistem ABS juga turut dipadankan pada jentera ini. Manakalan lampu utama dan belakang jenis LED menampilkan rekabentuk yang tajam supaya skuter ini kelihatan lebih kemas.

Antara kelengkapan lain seperti paparan meter TFT, sistem kunci pintar, brek-brek cakera, berat 144kg dan tangki bahan api 9 liter.

WMOTO RT1 ditawarkan pada harga asas bermula RM9,888 (tanpa insurans dan cukai jalan) beserta waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd. RR

Isu Pada

Oktober 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.