RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Ogos 2024

Penunggang Motosikal Patah Tangan Kiri & Kaki Kanan Elak Anjing Liar

Seremban: Nasib malang menimpa seorang penunggang motosikal selepas terjatuh dari kenderaannya akibat terkejut untuk mengelak anjing liar yang melompat ke tengah jalan dalam kejadian pada jam 7.30 malam di Taman Bandar Senawang semalam.

Penunggang yang berusia 47 tahun itu mengalami patah tangan kiri dan kaki kanan, terpaksa dimasukkan besi serta perlu mengambil masa yang lama untuk sembuh dan menyebabkan dia tidak dapat bekerja.

"Pada waktu itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. Secara tiba-tiba terdapat seekor anjing liar yang melompat ke tengah jalan. Akibat itu, saya telah hilang kawalan dan tercampak dari motosikal," kata mangsa.

Menurutnya lagi, beliau cuba bangun tetapi tidak berdaya dan menjangkakan kaki kanannya telah patah. Pekerja pemasangan kren itu kemudian menghubungi rakan dan isterinya sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk rawatan.

Masalah anjing liar di Negeri Sembilan agak serius terutama di sebelah Seremban berbanding kawasan lain. Beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih agresif, tambahnya yang perlu menanggung isteri serta tiga orang anak masih belajar. RR

Sumber berita: http://hmetro.com.my

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700