RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 September 2024

Udoh Ebaide Joy, wanita Afrika pertama menunggang motosikal dari Timur ke Afrika Barat

Pemuzik dari Nigeria, Udoh Ebaide Joy telah berjaya menunggang motosikal dari bandar Mombasa di Kenya ke Lagos, Nigeria, menjadikannya wanita kulit hitam Afrika pertama yang didokumentasikan untuk menunggang dari Timur ke pantai Barat benua Afrika.

Dengan jangka masa sekitar tiga bulan, Joy yang berusia 32 tahun telah berjaya menempuh jarak 5600 batu (8,960 kilometer) dengan motosikal yang bersesaran 250cc. Pengembaraan Joy merentasi sembilan negara dan inspirasi untuk usaha itu hadir apabila dia mengalami kerosakan saraf tunjang akibat kemalangan kereta. Kecederaan itu  menyebabkannya  'terikat' di kerusi roda selama berbulan-bulan.

"Saya mahu menjalani kehidupan sepenuhnya. Saya mahu meneruskan visi saya, iaitu menjadi wanita Afrika pertama yang menunggang di semua negara Afrika," kata Joy.

Jujurnya, ia sangat menakutkan kerana saya memang keseorangan pada kebanyakan masa dan terdapat begitu banyak cabaran. Tiada siapa yang menjaga saya, tiada siapa yang merancang.

Joy tidak pernah menunggang motosikal atau basikal sebelum ini. Maka, dia terpaksa mengikuti kursus latihan menunggang selama seminggu di Nairobi sebelum memulakan perjalanan.

"Saya masih tidak pandai menunggang basikal hingga ke hari ini. Saya hanya berlatih sejauh 1,900km hanya dengan motosikal sahaja," kata Joy.

Bermula di Kenya, dia menunggang ke Uganda, diikuti oleh Rwanda, Tanzania, Zambia, Angola, Congo, Cameroon dan akhirnya Nigeria. Dia memilih untuk tidak ke Democratic Republic of the Congo (DRC) untuk penjimatan kos, menaiki bot dari Soyo ke Cabinda di Angola.

Sepanjang perjalanan dia menikmati pelbagai landskap dan menempuh pelbagai jenis halangan, termasuk berdepan dengan ular mamba hitam di Tanzania.

Joy juga cekal merentasi kawasan bercuaca buruk dan jalan raya yang teruk - malah ada kawasan yang langsung tiada jalan. Walau bagaimanapun, situasi rundingan diplomatik yang rumit adalah cabaran terbesar yang dihadapi Joy.

“Cabaran nombor satu saya ialah mendapatkan visa. Saya terpaksa mendapatkan kelulusan individu untuk setiap negara,” kata bintang Afrobeats itu.

“Untuk mendapatkan visa Angola misalnya, saya terpaksa menghubungi pihak pesuruhjaya kerana mereka tidak akan memberikan kepada saya walaupun ketika saya pergi ke kedutaan. Hethen menghubungi duta untuk Nigeria. Mereka tidak dapat membantu, jadi 'bikers' di Zambia menghubungi rakan 'bikers' di Angola yang tolong bercakap dengan pihak imigresen bagi pihak saya.

Beberapa negara yang dilawati menawarkan nikmat menunggang yang memberi ingatan, termasuk Rwanda dan Congo, di mana Joy menyifatkan jalan rayanya sebagai "impian untuk setiap penunggang."

Paling menakjubkan ialah masyarakat dan warga tempat yang ditemui di sepanjang jalan. “Terutamanya di Angola, penunggang motosikal sangat diraikan. Mereka membuatkan saya berasa seperti seorang ratu."

“Saya mengembara menggunakan pasport Nigeria dengan motosikal berdaftar dari Kenya, dan walaupun saya tidak mempunyai Carnet De Passage, saya tidak pernah mengalami sebarang pengalaman buruk di sempadan. Ia tidak pernah menjadi masalah, orang hanya mahu bercakap dengan saya.

'Walau bagaimanapun, pengalaman sukar dilupakan adalah kemalangan di Cameroon tetapi ia adalah satu-satunya situasi buruk yang saya alami sepanjang hampir 4 bulan di atas jalan raya."

Tidak lama lagi, Joy akan memulakan kembara 'Pusingan 2' yang akan membawanya melalui Afrika Barat menuju ke negara-negara Sahara di utara, sebelum berakhir di Maghribi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.