RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 September 2024

Padah Langgar Lampu Merah Di Persimpangan

Melaka - Padah melanggar lampu isyarat merah, seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Pantai Belimbing One Krubong semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Kenderaan SUV jenis Subaru Forestor.

Kemalangan dipercayai berlaku di mana kenderaan jenis SUV itu ingin meneruskan perjalanan ke Taman Krubong selepas lampu isyarat di laluannya bertukar hijau. Secara tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah Krubong Perdana melanggar lampu merah dan menyebabkan pelanggaran berlaku.

Kejadian berlaku pada jam 10 malam, mangsa yang merupakan seorang lelaki berumur 20 tahun maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Sehingga kini, pihak polis masih mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.