RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 September 2024

Pengeluaran motosikal bulan Ogos di Vietnam menurun...hanya sekitar 280,000 unit sahaja.

Hanoi - Menurut laporan terbaru Pejabat Perangkaan Am di Vietnam, syarikat motosikal domestik mengeluarkan kira-kira 280,500 motosikal baru pada Ogos, penurunan 5.8 peratus berbanding Julai 2024. Walau bagaimanapun, pengeluaran tahunan meningkat sebanyak 30.9 peratus, menyerlahkan pertumbuhan positif sektor pembuatan motosikal Vietnam.

Dalam lapan bulan pertama tahun ini, sebanyak 2,022,500 motosikal baru telah dikeluarkan untuk kegunaan warga negara itu khususnya. Lima pengeluar motosikal utama di Vietnam terdiri daripada Honda, Yamaha, SYM, Suzuki dan Piaggio. Honda merupakan jenama paling popular dengan 27 jenis model dan nilai saham sebanyak 70%. Yamaha juga menawarkan sebanyak 27 model pilihan diikuti Suzuki (23 model), SYM (12 model) dan Piaggio (10 model).

Sektor motosikal elektrik juga menunjukkan peningkatan positif dan antara syarikat yang memainkan peranan penting ialah VinFast, DatBike, Pega, Yadea dan Detech. Populariti industri motosikal elektrik meningkat selepas pihak kerajaan Vietnam memperkenalkan polisi perlindungan alam sekitar.

Menurut info yang dikongsikan oleh Worldometers, populasi di Vietnam terkini sudah lebih daripada 100 juta penduduk dengan 40.6% daripada jumlah ini menetap di kawasan urban. Sudah pasti motosikal merupakan kenderaan paling popular, sesuai dan praktikal. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.