RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 September 2024

Boon Siew Honda Jalin Kerjasama Dengan MARA - Memperkukuhkan Pendidikan Teknikal & Vokasional (TVET) Dalam Sektor Automotif

Baru-baru ini Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan kerjasama mereka dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersempena EKSPO Institusi Pendidikan TVET@KKDW 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITEC) yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Lunar Bandar dan Wilayah, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis menandatangani Memorandum Persafahaman (MoU) telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, En. Mitsuharu Funase dan Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato' Azhar Abdul Manaf. Kerjasama di antara kedua-dua pihak ini bertujuan memajukan lagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang permotoran serta automotif. Tumpuan utama adalah mewujudkan tenaga kerja yang mahir, inisiatif para komuniti dan pelanggan Honda dalam memperkasakan pelajar dengan kepakaran praktikal yang sejajar dengan permintaan industri.

En. Mitsuharu Funase -kanan- bertukar MoU dengan YBhg. Dato' Azhar Abdul Manaf.
En. Mitsuharu Funase -kanan- bertukar MoU dengan YBhg. Dato' Azhar Abdul Manaf.

Sebahagian daripada MoU itu, BSH akan menyertai program selama tiga tahun bersama Kolej Kemahiran TInggi MARA, Masjid Tanah, Melaka. Antara skop yang merangkumi bidang utama adalah seperti berikut:

Program Latihan Komprehensif - Pelajar yang mengambil bahagian dapat menggabungkan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal dalam bidang utama seperti Automotif dan permotoran. Bagi permotoran, pihak Boon Siew Honda akan menggunakan sukatan pembelajaran supaya graduan bersedia mengharungi cabaran di industri dunia sebenar.

Pembangunan Holistik Graduan - Bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan set kelengkapan kemahiran dalam pelbagai sektor industri automotif

Tenaga Pengajar Berpengalaman - Pengarah dan jurulatih akan melalui proses latihan produk khusus oleh Boon Siew Honda agar mahir dalam menyampaikan pendidikan kepada para pelajar.

Persekitaran Pembelajaran Di Dunia Sebenar - BSH bakal mempertingkatkan lagi serta melengkapkan Pusat Teknologi Automotif (ATC) supaya pelajar dapat mengalami pembelajaran secara langsung.

Peluang Pekerjaan - Pelajar yang mengambil peluang melakukan latihan industri bersama Boon Sien Honda Selama 6 bulan dapat mengasah lagi bakat atau kemahiran mereka di dunia sebenar kepada persekitaran operasi meliputi kemahiran teknikal, tuntutan waranti, khidmat pelanggan dan pelbagai lagi.

Kerjasama ini juga menandakan permulaan visi oleh Boon Siew Honda dan MARA dalam memperkasakan lagi pendidikan dalam industri automotif, menawarkan peluang perkerjaan buat anak muda serta mengalakkan permotoran sebagai bidang pengajian yang maju. Pihak BSH juga turut yakin dapat meningkatkan lagi standard pendidikan teknikal dalam menyumbang kepada industri automotif di Malaysia yang kini kian berkembang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.