RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Oktober 2024

Serang Polis Guna Spanar, Takut Ditahan Tunggang Motosikal Curi

Bachok - Seorang lelaki bertindak menyerang anggota polis menggunakan spanar di Simpang Empat Repek tengah malam semalam. Tindakan tersebut disebabkan takut ditahan polis kerana menunggang motosikal curi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam di mana suspek yang berusia 24 tahun menunggang motosikal jenis Honda EX5 membuat pusingan U untuk melarikan diri ketika melalui sekatan jalan raya (SJR).

Dua anggota polis Unit Bermotosikal IPD Bachok kemudian mengejar suspek sekitar dua kilometer sebelum suspek terbabas ke semak di Kampung Hujung Repek.

Menurut Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, “Berlaku pergelutan di antara suspek dan salah seorang anggota ketika dalam cubaan ditahan. Suspek juga turut menendang dan mencederakan anggota tersebut menggunakan spanar.”

Suspek kemudian berjaya ditahan dan spanar turut dirampas. Hasil semakan, suspek telah menunggang motosikal curi selepas pihak polis menyemak nombor casis pada motosikal tersebut yang dilaporkan hilang menurut laporan dibuat di Balai Polis Besut, Terengganu.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Bachok untuk siasatan lanjut. Melalui semakan, suspek tiada rekod berkaitan jenayah lampau dan ujian air kencing adalah negetif dadah.

Suspek direman selama empat hari. Kes disiasat di bawah Seksyen 186, 353, 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 25 (1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (PPPN) 1990. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.