RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Oktober 2024

Boon Siew Honda Melancarkan Dua Warna Baru Honda ADV160

Boon siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah mengumumkan dua warna baru bagi skuter adventure mereka iaitu Honda ADV160. Antara warna-warna terbaru itu adalah Matte Green dan Matte Red yang menyertai dua warna sedia ada antaranya Gray dan White.

Honda ADV160 antara sebuah skuter pilihan yang sesuai untuk tunggangan harian dan mengembara ke destinasi menarik. Model yang diperakui sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) ini didatangkan dengan enjin berkapasiti 157cc, silinder tunggal, enhanced Smart Power+ (eSP+) dan sistem penyejuk cecair. Enjinnya mampu menghasilkan kuasa maksimum 15.8hp (11.8kW) pada 8,500rpm dan tork 14.7Nm pada 6,500rpm.

Antara teknologi menarik adalah Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan sistem ABS yang menerima penarafan lima bintang oleh penilaian keselamatan motosikal MyMAP. Kelengkapan lain seperti sistem kunci pintar Honda, Emergency Stop System (ESS), cermin penghadang angin boleh laras dengan dua tahap, ruang simpanan bawah pelana 30 liter, soket pengecas USB, lampu-lampu LED dan paparan meter LCD.

Honda ADV160 dengan pilihan warna baru ini berada di semua pusat pengedar Honda yang sah dan Impian X seluruh negara bermula 12hb Oktober 2024 dengan harga bilik pameran yang disyorkan RM13,549 (tanpa cukai jalan, insuran dan pendaftaran).

Dengan pembelian jentera itu, Boon Siew Honda turut menawarkan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana tiba dahulu). Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.boonsiewhonda.com.my atau lawati Honda Impiax X yang terdekat atau hubungi talian bebas tol di 1-800-88-3993. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia