RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Oktober 2024

Suzuki Monsoon Getaway 2.0 - Meriah!

Pada 19hb dan 20hb Oktober yang lalu, Suzuki Malaysia telah menganjurkan Gathering terbesar 'Suzuki Monsoon Getaway 2.0 (SMG 2.0)' buat para pemilik motosikal Suzuki seluruh negara yang bertempat di Padang Pejabat Daerah & Tanah, Port Dickson, Negeri Sembilan. Penganjuran buat kali kedua ini mendapat sambutan yang cukup menggalakan dari peminat-peminat dua roda terutama daripada jenama Suzuki dan berjaya merekodkan kehadiran seramai 2,400 pengunjung.

Seawal jam 9.00 pagi lagi para peserta konvoi mula membanjiri perkarangan Pantai Batu 1, Port Dickson. Suasana pantai dimeriahkan dengan deruman jentera-jentera Suzuki seperti V100, RG, RGV, Raider, Hayabusa, Gixxer, V-Strom, GSX-S, GSX-R, TXR, Burgman, GP100, GP125, GS550, Katana, X7, SV dan pelbagai lagi.

Tapak pameran dihiasi dengan pelbagai barangan dari pengeluar seperti minyak pelincir, tayar, aksesori motosikal, merchandise, alat ganti motosikal, alat komunikasi, barangan menunggang, perkhidmatan kewangan dan macam-macam lagi. Manakala ruang promosi Suzuki menampilkan model-model terkini seperti Hayabusa, Avenis, Burgman, Gixxer, GSX-S1000GT, GSX-8R, GSX-S1000 dan lain-lain.

Selain itu, pihak penganjur juga mengadakan pelbagai aktiviti dan persembahan yang menarik buat para pemilik Suzuki dan pengunjung. Antara aktiviti tersebut ialah Pertandingan Motosikal Cantik pelbagai kategori dan sesi tunggang uji motosikal Suzuki.

Bersempena dengan SMG 2.0, Suzuki Malaysia juga turut mengumumkan pemenang-pemenang Golden Ticket Extravaganza Lucky Draw yang membeli model Suzuki GSX-8S, GSX-S150 atau Raider R150Fi dari 21hb Mei hingga 31hb Ogos 2024. Tahniah kepada pemenang cabutan utama yang membawa pulang Suzuki  GSX-S1000GX iaitu Musloh Bin Mu'eiz dari Johor. Tahniah juga kepada para pemenang lain yang memenani tiket percutian eksklusif 4 hari 3 malam ke Suzuki Plaza di Hamamatsu, Jepun dan hadiah basikal model Bottecchia 8-Avio dari Itali.

Menjelang malam, para pengunjung dihiburkan dengan tarian kebudayaan, pertunjukan Api serta persembahan bertenaga daripada selebriti jemputan seperti Putra Band, dan Azlan Solo. Pilihan lagu-lagu popular membolehkan para pengunjung menyanyi bersama-sama. Memang cukup meriah.

Pemenang hadiah Hayabusa, En. Mohamed Bin Bahari -atas motor-.
Pemenang hadiah Hayabusa, En. Mohamed Bin Bahari -atas motor-.

Acara penutup pada malam itu ialah sesi Cabutan Bertuah untuk hadiah utama, sebuah jentera 'terpower' dari Suzuki iaitu Hayabusa yang telah dimenangi oleh En. Mohamed Bin Bahari dari Johor. Turut membawa pulang hadiah motosikal Suzuki yang lain:

  • Suzuki Gixxer SF250 - Fakhrullah Bin Idris, Johor
  • Suzuki GSX-S150 - Mohammad Shazrul Adly Bin Mohd Hishammuddin, Kedah
  • Suzuki V-Strom 250SX - Kong Jia Hong, Negeri Sembilan
  • Suzuki Avenis 125 - Hasrin Bin Md Said, Johor

Menerusi acara ini, barulah kita dapat melihat betapa besarnya komuniti Suzuki. Para pemilik juga berpeluang untuk berkumpul beramai-ramai di dalam satu kawasan untuk bertemu dengan rakan-rakan lama dan baru. Disamping itu, pengajuran ini juga dapat menambah sumber pendapat buat para peniaga di sekitar Port Dickson. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.