RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 November 2024

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

IPOH - Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, sepanjang tempoh operasi itu juga JPJ mengesan lima kesalahan paling tinggi iaitu tiada lesen memandu kompeten (CDL) sebanyak 2,922 orang diikuti Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh sebanyak 2,290 orang.

Menurutnya, selain itu kesalahan tiada insurans melibatkan 2,044 orang, kesalahan teknikal (1,043) dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (663).

"Selama empat hari operasi ini diadakan, JPJ telah menyita 135 buah motosikal di seluruh negara kerana gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya.

"Pelaksanaan Ops Khas Motosikal ini diadakan susulan statistik membimbangkan peningkatan trend kadar kemalangan yang melibatkan motosikal sebanyak 1,908 kes atau 70 peratus," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar di Pejabat JPJ Perak di sini pada Selasa.

Hadir sama pada sidang akhbar itu iailah Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan.

Aedy Fadly berkata, dalam tempoh itu juga sebanyak 31,851 buah motosikal yang diperiksa dan sebanyak 4,533 motosikal telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, operasi berkenaan akan diteruskan selama dua bulan (atau) sehingga Disember depan.

"Saya telah mengarahkan semua pengarah-pengarah (JPJ) negeri untuk mengadakan Ops ini secara berterusan untuk tempoh 2 bulan ini kerana kita melihat statistik yang agak membimbangkan melibatkan kemalangan motosikal yang berlaku pada tahun ini.

Jadi kita ingin ingatkan kepada semua orang awam yang mempunyai motosikal dan menggunakan motosikal di jalan raya supaya mematuhi semua peraturan kerana JPJ akan mengambil tindakan tegas untuk tempoh 2 bulan ini terutama motosikal yang diubah suai secara ekstrim," katanya.

Beliau berkata, pihak JPJ akan terus membuat sitaan motosikal yang diubah suai secara ekstrim dan berkemungkinan dilucut hak jika pemilik tidak dapat memberi jaminan mengembalikan motosikal itu kepada keadaan asal. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.