RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 November 2024

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

Space Y merupakan satu pembangunan dan 'hadiah' khusus buat peminat motosikal di seluruh negara. Dibangunkan di Yamaha Motor Lifestyle Station, muzium motosikal ini berkeluasan 9,000 kaki persegi yang menampilkan ruang pameran menarik yang mendekatkan kita (pengunjung) dengan sejarah/latar belakang HLYM, dunia perlumbaan, terowong inovasi, ruang interaktif, ruang tayang dan kedai cenderahati, pakaian dan barangan menarik keluaran HLYM.

Space Y juga telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Muzium Motosikal Pertama Malaysia. Muzium ini dibuka kepada umum setiap hari Isnin-Jumaat (10 pagi – 5 petang), dan Sabtu berselang setiap bulan (10 pagi – 4 petang). Sehingga 31 Disember 2024, kemasukan adalah PERCUMA dan kadar bayaran yang dikenakan (bermula 1 Januari 2025) ialah RM5.00 (dewasa) dan RM3.00 (kanak-kanak).

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Datuk Jim Khor berkata, pengeluaran yang keenam juta (6,000,000 Roll-Out) telah berjaya direkodkan dalam tempoh 37 bulan dan ia adalah satu peningkatan jika dibandingkan dengan tempoh pengeluaran ke-5 juta sebelum ini yang memakan masa 46 bulan.

Pada majlis yang sama, pihak HLYM turut memperkenalkan Yamaha Y16ZR edisi khas 6MR0 yang ditawarkan pada harga asas RM13,668.

Untuk meraikan perasmian Space Y ini, HLYM turut menjemput para pengunjung yang terdiri daripada Dewi Yamaha, wakil-wakil pengedar dan orang awam untuk hadir pada 9 November lalu (sehari selepas majlis perasmian) untuk sama-sama merasai pengalaman menarik di Yamaha Space Y. 

Selain melihat pamera-pameran menarik, pelbagai aktiviti lain telah diadakan seperti permainan menyusun puzzle, foto booth, karaoke, tayangan video dan macam-macam lagi.

Paling 'best', 100 pengunjung terawal akan menerima kopi percuma dan kempen servic percuma Yamaha. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.