RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 November 2024

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka dan keenam di Malaysia yang merupakan pengedar jentera Honda berkuasa tinggi.

Honda BigWing merupakan pusat sehenti buat para peminat motosikal berkuasa tinggi yang lengkap dengan ruang pameran, pusat servis, sudut alat ganti, aksesori dan tempat istirehat dalam persekitaran berhawa dingin.

Pembukaan pusat sehenti ini turut dijayakan oleh M.P.GOH Motor Sdn Bhd yang juga merupakan pemilik bagi cawangan di Melaka. Hadir menyempurnakan majlis pelancaran iaitu Pengarah Urusan M.P.GOH Motor Sdn Bhd, En. Goh Mang Phooh bersama EXCO Melaka & Adun Kesidang, YB Tuan Allex Seah Shoo Chin, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, En. Mitsuharu Funase dan Pengerusi Boon Siew Honda, Dato' Sri Datuk Wira Tan Hui Jing.

Dikenali sebgai "The Destination fo Riders", ruang pameran BigWing Melaka dilengkapi dengan pebagai motosikal keluaran honda dari 250cc hinggalah 1,833cc. Antara model-model yang ada seperti seperti CBR250RR, ADV300, Transalp, NX500, X-ADV750, Gold Wing, Africa Twin dan lain-lain.

Untuk memastikan pengalaman yang menyeluruh, pusat pameran eksklusif ini turut dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan khas, pegawai jualan dan para mekanik yang terlatih.

Honda BigWing Melaka dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9.00am - 6.30pm manakala Ahad dibuka jam 10.00am - 5.00pm. Bagi yang mencari jentera-jentera berkuasa tinggi Honda di sekitar Melaka boleh hadir ke alamat G-1, Jalan Kerambit 3, Bandar Baru, 76300 Sungai Udang, Melaka. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.