RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Disember 2024

Polis Tahan Lelaki Pecah Kedai & Curi Motosikal...

ISKANDAR PUTERI - Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pecah kedai termasuk melarikan motosikal di sekitar kawasan Gelang Patah, Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, suspek berusia 30 tahun itu ditahan sekitar jam 6.30 petang di kawasan Gelang Patah.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 14 rekod jenayah lampau dan empat rekod jenayah dadah serta hasil saringan awal air kencing suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

“Polis turut merampas satu sepana saiz 13, saiz 8, sepana ratchet, pemutar skru, playar, pisau boleh laras, gunting, kunci motosikal Yamaha YZF-R25 warna hitam dan tiga Allen key yang ditajamkan hujungnya.

“Suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tempoh tujuh hari mulai 11 Disember hingga 17 Disember 2024 untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, pencerobohan dengan kesalahan mencuri dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.

Tambahnya, Kes juga disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Asistem Komisioner Kumarasan berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau pusat kawalan daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 @ hotline 07-5114486. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.