RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Disember 2024

Yamaha GENBLU Run 2024 Berjaya Kumpul Lebih 15,000 Peserta

Acara Larian Yamaha GENBLU 2024, yang diadakan pada 1 Disember lalu di Dataran Wawasan, Putrajaya telah mendapat sambutan cukup meriah dengan lebih 15,000 peserta menyertai hari yang mendekatkan dengan kecergasan, keseronokan dan semangat kemasyarakatan.

Para pegawai tertinggi Hong Leong Yamaha Motor bersiap sedia memulakan acara larian.
Para pegawai tertinggi Hong Leong Yamaha Motor bersiap sedia memulakan acara larian.

Objektif acara larian itu adalah bagi mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat untuk peminat larian dan motosikal Yamaha. Para peserta larian yang terdiri daripada semua peringkat telah mengambil bahagian dalam perlumbaan kompetitif sejauh 10km itu. Acara larian tersebut menampilkan empat kategori utama iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Veteran Lelaki dan Veteran Wanita, serta 'Fun Run' yang berjarak 5 kilometer (yang terbuka kepada semua).

Selain itu, terdapat banyak lagi aktiviti keseronokan yang disediakan untuk para peserta sepanjang pagi. Ia termasuk sesi Fun Aerobic Zumba, jualan barangan dan cabutan bertuah.

Mengakhiri acara itu ialah majlis penyampaian hadiah di mana pemenang terbaik menerima hadiah wang tunai dan trofi, manakala seorang pemenang bertuah membawa pulang hadiah utama motosikal Yamaha Y15ZR serba baharu.

Kejayaan acara Yamaha GENBLU Run 2024 adalah menerusi sokongan tidak ternilai daripada rakan kongsi rasmi seperti JomRun, Ultron, dan Track Asia, di samping tajaan murah hati Penaja Platinum, Hong Leong Bank Berhad dan Penaja Emas, Aeon Credit Service (M) Sdn Bhd.

Sumbangan-sumbangan itu ternyata memastikan kelancaran pelaksanaan dan kejayaan keseluruhan acara maraton sebagai hari yang tidak dapat dilupakan bersama. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.