RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Disember 2024

Global: Vietnam Akan Laksanakan Ujian Emisi Untuk Motosikal Lama

Kementerian Pengangkutan Vietnam telah mengeluarkan Pekeliling 47/2024 yang menggariskan prosedur untuk ujian pelepasan emisi motosikal dan skuter. Walaupun pekeliling itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2025, pihak kementerian Vietnam menjelaskan bahawa tarikh tersebut bukan menandakan permulaan ujian pelepasan seraca rasmi.

Garis masa pelaksanaan akan dilakukan mengikut Undang-undang Perlindungan Alam Sekitar dengan Kementerian Sumber Asli serta Alam Sekitar yang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pelan hala tuju yang lebih baik. Sehingga kini, keputusan ini masih belum dikeluarkan.

Di bawah Arahan Pekeliling 47/2024, motosikal dan skuter yang dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun lepas dikecualikan daripada ujian pelepasan. Pemilik kenderaan tidak perlu menyerahkan dokumen atau membawa kenderaan mereka ke pusat pemeriksaan.

Untuk kenderaan baru ini, pensijilan pelepasan akan dikeluarkan secara elektronik oleh Vietnam Register melalui sistem pengurusan perisian. Sistem ini menyepadukan data pematuhan keselamatan dan alam sekitar yang dikumpul semasa pengeluaran, pemasangan atau import. Kesemua isu pendaftaran kenderaan dan pangkalan data pengurusan diselenggara oleh Kementerian Keselamatan Awam.

Kenderaan yang berusia lebih 5 tahun bagaimanapun mesti dibawa ke pusat pemeriksaan untuk ujian pelepasan. Pemilik kenderaan mesti hadir untuk mengemukakan salah satu daripada dokumen berikut untuk melengkapkan proses.

Untuk motosikal dan skuter yang 'berusia' 5 tahun dan ke bawah, ujian mesti sah sehingga 60 bulan. Kenderaan yang berusia di antara 5 hingga 12 year, jarak masa untuk melakukan ujian dikurangkan kepada 24 bulan manakala kenderaan berumur lebih daripada 12 tahun, ujian mesti dilakukan setiap tahun. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.