RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Disember 2024

Seorang Maut, Seorang Parah Akibat motosikal Terbabas Elak Anjing

KUANTAN - Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terbabas ketika mengelak anjing di Lebuhraya Tun Razak berhampiran Taman Resedensi Prima Gambang 1, Gambang di sini pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam nahas kira-kira jam 9.25 malam itu, mangsa, Maizatunorita Awang, 42, yang beralamat dari Felda Lepar Hilir 2 di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, suami mangsa, Nik Mohd Sabri Nik Yusof, 43, cedera di kepala dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika pasangan suami isteri yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan dari arah Gambang menghala ke Taman Resedensi, Gambang.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, penunggang dipercayai cuba mengelak anjing menyebabkan motosikal ditunggang hilang kawalan dan terbabas di atas jalan," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, pihak polis mengesan saksi di tempat kejadian bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.