RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Januari 2025

Pelajar Tingkatan Empat Maut Kemalangan Motosikal

JEMPOL: Dua pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan di Kilometer 10 Jalan Bahau/Kemayan di sini pada Rabu.

Dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Irfan Musa dan Muhamad Sharifuddin Haziq Mohd Sollehhuddin yang berusia 17 tahun maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian dipercayai berlaku semasa motosikal jenis Yamaha Y16ZR ditunggang Muhamad Sharifuddin dari arah Bahau menuju ke Kemayan.

"Ketika motosikal mangsa bergerak mendaki bukit, dipercayai telah dilanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditunggang Muhammad Irfan dari arah bertentangan.

"Kejadian itu mengakibatkan kedua-dua penunggang motosikal mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.

Ujarnya, saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan. RR

Sumber: http://www.sinarharian.com.my
Sumber gambar dalam artikel: Saluran Telegram - Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.