RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 6 Januari 2025

Ducati Multistrada V2 - Paling Ringan Dalam Kelasnya

Ducati Multistrada V2 merupakan projek baharu sepenuhnya. Ia direka berinspirasi dari model V4 dengan menggabungkan prestasi, keupayaan mengembara dan tahap praktikalitinya.

Dengan elemen bersepadu seperti paparan, suis penunjuk termasuklah rekabentuk ruangan laluan udara baru, model ini sememangnya lebih elegan, lebih sporty dan lebih mengagumkan.

Setiap bahagian dan perincian Multistrada 2025 direka semula untuk peningkatan tahap tunggangan. Rekabentuk hadapan lebih agresif, kompak yang terdiri daripada lampu-lampu LED + Daytime Running Light. Lampu belakang dan isyarat juga jenis LED yang terbukti cukup terang untuk tunggang siang dan malam.

Enjin baru Mutistrada V2 ini merupakan enjin silinder-berkembar paling ringan yang pernah dikeluarkan oleh Ducati. Ia ternyata menyumbang kepada kestabilan dan tahap pengendalian yang lebih baik. Enjin 890cc memiliki hantaran tenaga setinggi 115hp dan tork 92Nm yang sememangnya sudah cukup 'amazing' untuk memberikan nikmat tunggangan di lebuhraya, kawasan tanah tinggi dan di laluan berselekoh.

Enjin Ducati baru ini menawarkan pergerakan lancar walaupun dalam kedudukan rpm yang rendah - sesuai di kawasan urban. Sudut tenaga tork yang dimiliki oleh model ini juga membolehkan jentera ini memecut pada bila-bila masa dan dalam semua kedudukan gear. Nisbah gear juga direka cukup sesuai dengan karaktor dan penggunaan jentera ini.

Sistem elektronik Ducati ini terdiri daripada Ducati Quick Shift 2.0, Mod Tunggangan (Sport, Touring, Urban, Enduro & Wet), Power Mode, Cornering ABS, Ducati Traction Control (DTC), Ducati Wheelie Control (DWC), Engine Brake Control (EBC) dan Cruise Control. Model ini juga dilengkapi dengan Ducati Brake Light EVO yang akan menyala/berkelip apabila brek kecemasan digunakan.

Segala informasi tentang motosikal dan talaan dapat dilakukan menerusi panel meter TFT berwarna penuh 5-inci yang jelas dan terang. Selain itu, menerusi panel meter ini juga penunggang dapat membuat sambungan (connectivity) dengan telefon pintar menerusi Ducati Multimedia System bagi tujuan navigasi, panggilan masuk/keluar dan media.

Untuk keselesaan penunggang dan pembonceng, jentera kembara Multistrada V2 S pula dilengkapi dengan sistem saspensi separa-aktif dengan kawalan elektronik Ducati Skyhook. Multistrada V2 (standard) ini hanya 199kg dan 202kg untuk versi V2 S. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.