RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Januari 2025

Kemalangan Tiga Kenderaan: Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

ISKANDAR PUTERI – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Linkedua, Arah Selatan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, siasatan mendapati nahas terbabit dipercayai berlaku kira-kira pada jam 4.03 minit petang di lokasi berkenaan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis BMW 1250 sedang bergerak lurus di lorong kiri telah melanggar bahagian belakang sisi kiri sebuah kereta jenis Perodua Axia di hadapannya.

“Akibat perlanggaran itu, kereta Perodua Axia telah hilang kawalan lalu melanggar kereta jenis Honda Accord di lorong kanan.

“Penunggang motosikal telah jatuh ke bahu kiri jalan dan mengalami kecederaan di bahagian leher dan mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan ambulans.,” katanya.

Beliau berkata, mangsa merupakan seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun manakala pemandu kereta Perodua Axia dan Honda Accord tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau merbahaya dan siasatan lanjut masih diteruskan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.